Masalah kewangan dipercayai punca pemandu e-hailing ‘hilang’

Masalah kewangan dipercaya punca pemandu e-hailing ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tekanan kerana mempunyai masalah kewangan yang kritikal dipercayai punca seorang pemandu e-hailing ‘hilang,apabila kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menemukan Syahrul Asyraf Dahlan, 33, kira-kira 5.40 petang di tepi jalan, Pandamaran, Klang dekat sini.

Katanya, lelaki itu ditemukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan fizikal.

“Hasil temubual awal pihak polis mendapati dia tidak memaklumkan kepada keluarga keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan mempunyai masalah kewangan yang kritikal.

“Pihak polis juga telah maklumkan kepada ahli keluarga bahawa orang hilang telah dijumpai dalam keadaan baik,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan pemandu e-hailing yang tidak dapat dihubungi sejak 12 Julai lalu telah ditemukan selamat di Klang, Selangor.

Media semalam melaporkan pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lepas.

Mohd. Azam berkata, penama yang hilang adalah Syahrul Asyraf Dahlan, 33, bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.

“Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×