Lima cedera, helikopter terhempas di Bali

Lima cedera, helikopter terhempas di Bali

PENYELAMAT memeriksa serpihan sebuah helikopter selepas ia terhempas di Badung, Pulau Bali di Indonesia, semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dua warga Australia dan tiga rakyat Indonesia nyaris maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Kuta Selatan di Badung, Bali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian petang semalam, nahas dilaporkan berlaku selepas helikopter tersebut terbelit pada tali layang-layang.

Pegawai Agensi Carian dan Penyelamatan Denpasar, Nyoman Sidakarya berkata, helikopter itu berlepas dari kawasan Garuda Wishnu Kencana untuk melawat sekitar Bali pada 2.33 petang, tetapi dilaporkan terhempas lima minit kemudian di kampung Pecatu.

Juruterbang warga Indonesia, kru dan tiga penumpang termasuk dua warga Australia dilaporkan cedera dan menerima rawatan di hospital.

“Semua mangsa terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan,” kata Sidakarya.

Menurut agensi berita Xinhua, dua daripada mangsa cedera parah, manakala tiga lagi hanya cedera ringan.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Mokhammad Khusnu dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku selepas helikopter terbelit pada tali layang-layang.

“Kami menerima laporan kemalangan helikopter jenis PK-WSP Bell 505 milik PT Whitesky Aviation di Kuta Selatan adalah disebabkan terbelit dengan tali layang-layang,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan melaksanakan banyak kempen mengenai bahaya layang-layang dan pemantauan melalui koordinasi dengan pentadbiran Bali untuk memastikan keselamatan penerbangan tidak terjejas.- JAKARTA POST

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN