Pejabat Parlimen Kulai, 4 sekolah dipecah masuk 

Pejabat Parlimen Kulai, 4 sekolah dipecah masuk 

Nie Ching melawat melawat Tapak Menara Komunikasi Kampung Murni Jaya 2, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pejabat Parlimen Kulai serta empat sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini menjadi sasaran penjenayah apabila dipecah masuk baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit, tablet dan barangan elektrik di pejabatnya telah dicuri suspek dalam kejadian pecah masuk pada 9 Julai lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata, pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada hari yang sama bagi membolehkan siasatan dan tangkapan dilakukan.

“Jumlah kerugian dianggarkan ribuan ringgit, antara yang hilang ialah tablet dan telefon bimbit yang digunakan untuk merekodkan aduan awam. Kami juga perlu menggantikan CCTV (kamera litar tertutup).

“Saya serahkan segalanya kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut dan menahan individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Tapak Menara Telekomunikasi Kampung Murni Jaya 2  dan Kampung Tersusun di sini, hari ini.

Nie Ching berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan semua maklumat yang diperlukan sudah diberikan semasa siasatan.

Beliau berharap kejadian tersebut dapat tidak berulang dan suspek dapat segera ditangkap supaya penduduk di sini merasa selamat dan tidak takut.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×