Pelabuhan laut dalam bakal dibina di Kuching Pelabuhan laut dalam bakal dibina di Kuching

Pelabuhan laut dalam bakal dibina di Kuching

ABANG Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran MoU antara Datuk Seri Dr. Wan Lizozman Wan Omar (dua dari kiri) dan Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi di Auditorium Menara Affin, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan pelabuhan laut dalam di Kuching, dan lapangan terbang antarabangsa yang baharu menjelang 2028.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua projek berkenaan sedang dikaji dan merupakan sebahagian daripada infrastruktur strategik yang penting bagi negeri ini. 

“Sarawak juga memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur yang komprehensif seperti jalan raya, jambatan, infrastruktur air dan elektrik, telekomunikasi dan kesalinghubungan internet, serta Autonomous Rapid Transit (ART).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga melabur secara besar-besaran dalam pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, infrastruktur air dan elektrik, telekomunikasi dan kesalinghubungan internet, ART dan pembangunan strategik yang lain,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara kerajaan negeri dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Auditorium Menara Affin, Kuala Lumpur. 

Justeru itu, Abang Johari memberi keyakinan bahawa kerjasama strategik bersama LTAT yang menguruskan Dana Tabung Simpanan yang lestari diharapkan dapat membuka peluang unik untuk Sarawak, terutamanya dalam sektor pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan, dan perkhidmatan. 

“Saya percaya bahawa falsafah pelaburan jangka panjang LTAT selaras dengan falsafah pelaburan negeri itu. 

“Kerjasama dengan LTAT membuka peluang unik untuk Sarawak meneroka potensi kerjasama terutamanya dalam enam sektor keutamaan iaitu pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan,” ujar beliau. 

Selain itu, Abang Johari turut menjelaskan pemeteraian MoU menandakan satu langkah penting dalam usaha Sarawak untuk mencapai Strategi Pembangunan Pasca-Covid 2030 (PCDS 2030). 

Menurutnya, ia merupakan satu peristiwa yang bersejarah bagi Sarawak kerana inisiatif tersebut menandakan usaha negeri itu untuk bekerjasama dengan LTAT dalam potensi kolaborasi yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.

“PCDS2030 bertujuan menjadikan Sarawak sebuah masyarakat yang berkembang pesat melalui data dan inovasi, dengan semua lapisan masyarakat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan alam sekitar yang lestari menjelang tahun 2030. 

“Sarawak sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai matlamat PCDS 2030, antaranya mempromosikan ekonomi hijau dengan tenaga boleh diperbaharui seperti hidroelektrik, solar terapung, hidrogen serta penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS),” katanya. 

-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN