Scoot tawar penerbangan harian ke Subang mulai September

Scoot tawar penerbangan harian ke Subang mulai September

PENERBANGAN ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu dengan kadar tiket serendah RM233.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pelancong yang ingin ke Kuala Lumpur kini mempunyai pilihan alternatif selepas syarikat penerbangan tambang murah, Scoot mengumumkan akan mula menawarkan penerbangan ke Subang.

Penerbangan baharu antara Singapura dan Subang itu akan bermula 1 September ini, yang akan dikendalikan oleh pesawat Airbus A320 milik Scoot.

Anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines itu akan menyediakan perkhidmatan penerbangan Singapura ke Subang sebanyak tujuh kali seminggu.

Pada masa ini, satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus dari Singapura ke Subang ialah Firefly.

Bagaimanapun, anak syarikat tambang rendah Malaysia Airlines itu mengendalikan penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar dan menggunakan pesawat turboprop ATR72-500.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang terletak kira-kira 26 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 50 km ke selatan ibu negara.

Penerbangan harian baharu ke Subang bertujuan untuk menawarkan pelanggan pilihan alternatif untuk perjalanan mudah antara Kuala Lumpur dan Singapura, serta seterusnya ke seluruh rangkaian Scoot, kata syarikat itu.

Scoot berkata, menjelang September, ia akan mengendalikan 110 penerbangan mingguan ke Malaysia.

Syarikat penerbangan itu sudah pun terbang ke destinasi Malaysia lain seperti Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Miri, Pulau Pinang dan Sibu.

Sempena pelancarannya, Scoot mengadakan promosi harga tiket penerbangan sehala bermula S$83 (RM288) yang ditawarkan sehingga 22 Julai.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×