Barangan subsidi terus diseludup

Barangan subsidi terus diseludup

BEKALAN gula dan minyak masak dari Malaysia dijual secara terbuka di pasar sehari dan pasar runcit di wilayah Selatan Thailand.– UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Barangan subsidi seperti gula dan minyak masak Malaysia masih lagi dijual secara terbuka di pasaran kedai runcit dan nat (pasar sehari) di wilayah Selatan Thailand meskipun saban minggu pihak berkuasa Malaysia menggagalkan cubaan menyeludup barangan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata rakyat tem­patan mengakui sudah sebati menggunakan barangan subsidi itu sejak berpuluh tahun lalu.

Seorang peniaga, Esah Mat Rofi, 55, berkata, dia sentiasa mendapat bekalan gula dan minyak masak daripada pemborong di kawasan sempadan iaitu Rantau Panjang dan Bukit Bunga di Kelantan.

“Penduduk di sini suka menggunakan minyak masak dan gula dari Malaysia kerana harganya yang murah dan lebih sedap digunakan dalam masakan.

“Harga bagi satu kilogram minyak masak peket dari Malaysia saya jual ketika ini 39 bath atau RM5.03 dan gula pula 28 bath (RM3.61),” katanya ketika ditemui kelmarin.

Seorang lagi penduduk, Isa Ibrahim, 49, pula berkata, peniaga di sini tidak mengehadkan pembelian barangan tersebut asalkan mempunyai wang.

Katanya, sehingga kini penduduk tidak berdepan masalah putus belakan kerana ia sentiasa mencukupi.

Sementara itu, Mae Husin, 55, pula berkata, sejak berpuluh tahun lalu keluarganya menggunakan gula dan minyak masak Malaysia.

Katanya, harga minyak kelapa sawit botol keluaran Thailand mahal dan pernah mence­cah 80 bath (RM10.32). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×