Hubungi penceramah bertauliah untuk pencerahan

Hubungi penceramah bertauliah untuk pencerahan

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai sebuah badan yang melestari gerakan dakwah di negara ini menyediakan penceramah bertauliah yang sentiasa bersedia memberi pengisian dan pencerahan dalam pelbagai bidang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DEWASA ini muncul begitu ramai pendakwah di media sosial yang diragui kelayakannya, justeru orang ramai diseru berhati-hati sebelum membuat rujukan atau menghadiri sebarang kelas ilmu dalam talian.

Sebagai contoh, baru-baru ini timbul isu seorang ‘ustaz’ yang meminta supaya seorang peserta wanita membuka kamera video untuk melihat pergerakan bibirnya ketika membaca al-Quran bagi mengesahkan ia sesuai dengan kehendak syarak. Tindakan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Justeru, mereka meminta agar pihak berkuasa agama mengeluarkan senarai penceramah yang bertauliah.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai sebuah badan yang melestari gerakan dakwah di negara ini, menyediakan penceramah bertauliah yang sentiasa bersedia memberi pengisian dan pencerahan dalam pelbagai bidang.

Barisan penceramah ini yang dikenali sebagai Zamalah Yadim, mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri dalam pelbagai bidang seperti al-Quran, perbandingan agama, pemantapan bahasa, muamalat, fiqh kontemporari, pengurusan haji dan umrah, pengurusan jenazah dan lain-lain lagi.

Zamalah Yadim ini merupakan komitmen Yadim sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini menggunakan tenaga pakar yang bertauliah, diyakini dapat memberi pencerahan sahih dan betul serta mampu menjadi rujukan dalam sesuatu isu.

Maklumat mengenai Zamalah Yadim ini boleh didapati di Facebok rasmi Yadim atau pautan https://www.yadim.com.my/v2/direktori-zamalah-yadim/

Bagi mendapatkan khidmat mereka, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Duat di talian 03-8870 3870 atau emel du’[email protected]. Senarai Zamalah Yadim ini juga boleh didapati di negeri-negeri dengan menghubungi pejabat-pejabat Yadim negeri.-UTUSAN

USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×