Hujan lebat landa Korea Selatan, penduduk diarah pindah

Hujan lebat landa Korea Selatan, penduduk diarah pindah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penduduk Korea Selatan yang tinggal berhampiran sungai di wilayah tengah diarahkan berpindah berikutan hujan lebat melanda negara itu.

Amaran hujan lebat dikeluarkan di sebahagian besar negara tersebut termasuk di ibu negara, Seoul.

Menurut pihak berkuasa, cuaca buruk itu menyebabkan pembatalan lebih 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan menganggu operasi perkhidmatan kereta api di Seoul.

Kerajaan memantau peningkatan mendadak paras air sungai dari Korea Utara dan menggesa untuk berwaspada terhadap ancaman periuk api yang ditanam di sempadan, yang dibimbangi boleh dihanyutkan ke hilir.

Tentera Korea Selatan tidak menolak kemungkinan Utara menanam lebih banyak periuk api dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyedari sepenuhnya mengenai ramalan hujan lebat.

Jurucakap tentera, Lee Chang-hyun berkata, pihaknya memantau paras air di sungai utama yang dikongsi oleh Selatan dan Utara.

Korea Utara mengabaikan permintaan jirannya untuk diberi notis apabila ia membuka pintu air di takungan besar selepas banjir kilat yang mengorbankan enam orang di selatan pada 2009, disebabkan limpahan sungai di seberang sempadan.

Walaupun Julai merekodkan hujan monsun tahunan, Presiden Yoon Suk Yeol berkata, keadaan cuaca ekstrem kebelakangan ini adalah sesuatu yang dijangka akibat daripada perubahan iklim.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×