Belanda memperingati 10 tahun tragedi MH17

Belanda memperingati 10 tahun tragedi MH17

ORANG ramai memegang bendera di tugu peringatan mangsa nahas MH17 semasa upacara memperingati tragedi yang ke-10, berhampiran perkampungan Hrabove di wilayah Donetsk, Ukraine.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Belanda memperingati 298 mangsa pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, 10 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Upacara yang diadakan di Monumen Nasional MH17 di Taman Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam turut dihadiri wakil dari Malaysia, Australia, Britain, Belgium dan Ukraine.

Perdana Menteri ketika itu, Mark Rutte, yang juga pengkritik tegar Presiden Russia, Vladimir Putin, mendapat tepukan gemuruh berhubung usahanya semasa memegang jawatan untuk memastikan tumpuan antarabangsa kekal terhadap tragedi tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, yang mengambil alih jawatan awal bulan ini, menegaskan keadilan terhadap mangsa perlu diteruskan, walaupun ia mengambil masa panjang.

“Sabitan tidak sama dengan seseorang itu dipenjarakan,” katanya.

Pada 17 November 2022, Mahkamah Belanda menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua bekas ejen perisikan Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta pemimpin pemisah Ukraine, Leonid Kharchenko secara in absentia (tanpa hadir di mahkamah) selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan nahas MH17.

Seorang lagi warga Rusia, Oleg Pulatov dibebaskan oleh mahkamah meskipun berdepan pertuduhan sama.

Tahun lalu, pendakwa Belanda berkata, terdapat petunjuk kukuh bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin membekalkan sistem peluru berpandu BUK kepada pemisah Ukraine, senjata yang menjatuhkan MH17.

Bagaimanapun, bukti pembabitan Putin dan pegawai Rusia yang lain tidak cukup muktamad untuk membawa kepada sabitan jenayah.

Dalam kejadian 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Russia di timur Ukraine,

Insiden itu mengakibatkan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuk 196 warga Belanda terkorban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN