Paparan status enam ahli Parlimen jadi pertikaian

[Parlimen] Paparan status enam ahli Parlimen jadi pertikaian

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mempersoalkan paparan pada skrin Dewan Rakyat yang masih menyatakan kedudukan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dibangkitkannya ketika mencelah semasa Syed Abu Hussin Hafiz mahu mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai galakan pengeluaran durian Musang King.

“Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN lagi. Tidak tahu macam mana dia duduk di situ?” kata Ahmad Fadhli di Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan PN menulis surat rasmi kepadanya jika mahu pihaknya mengemas kini paparan pada skrin.

“Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis pada saya untuk tarik (perkataan ‘Ahli Parlimen PN’) keluar? Kena tulis. Saya tidak tahu.

“Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ada, tapi PN belum. Sebab rekod kita semua ikut PN, bukan Bersatu atau Pas. Sila lakukan itu,” katanya.

Sebelum ini, Bersatu menghantar notis memaklumkan enam ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri telah terhenti keahlian mereka secara automatik.

Selain Syed Abu Hussin Hafiz, lima yang lain adalah Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini