Findco Investors teroka peluang jaringan usahawan dengan Indonesia - Utusan Malaysia

Findco Investors teroka peluang jaringan usahawan dengan Indonesia

Findco Indonesia
AZLAN Adlib (kanan, dua belakang) mengetuai Findco Investors Berhad dalam perbincangan bersama jaringan usahawan Indonesia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat pelaburan, Findco Investors Berhad (Findco) optimis untuk menjana pelaburan sehingga RM300 juta dalam sektor perniagaan berpotensi tinggi menerusi peluang kerjasama jaringan usahawan Malaysia-Indonesia.

Antara bidang dikenal pasti seperti teknologi pertanian, hartanah, penternakan dan pertukaran teknologi melibatkan pelaksanaan serta model kewangan melalui bandar pintar atau smart city.

Pengarah Urusan Kumpulannya,, Azlan Dalib berkata, kerjasama tersebut berpotensi memperkasa ekonomi yang lebih mampan di samping memperkukuh hubungan serantau melalui hubungan dua hala yang teguh.

“Pertemuan perbincangan kerjasama itu diketuai delegasi usahawan dari Indonesia iatu A. Malik Musa bersama Ahmad Rivai Harahap, Jerry Kurniadi, Vigielia Christiany, M. Syarifun Hidayat dan Heski Roring berlangsung pada 10 Julai lalu di ibu negara.

“Jaringan usahawan Malaysia perlu meneroka pasaran Indonesia secara aktif kerana kedua-dua negara mempunyai potensi besar sebagai platform pasaran yang lebih luas di ASEAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahya, kerjasama itu mampu memberi manfaat dari segi peningkatan hasil jualan produk secara kolaboratif sejajar dengan matlamat ekonomi Malaysia yang lebih luas

Dalam pada itu, Azlan memberitahu, melalui peluang tersebut usahawan bukan sahaja dapat menerima manfaat, malah dapat mencipta peluang pekerjaan dalam kepelbagaian ekonomi di Indonesia melalui kerjasama inovatif.

“Selain itu, dalam pertemuan itu juga turut membincangkan cadangan membekalkan bahan-bahan mentah dari Malaysia untuk dieksport ke Indonesia bagi pelaksanaan program makanan percuma untuk mereka yang terpilih.

“Ini adalah pertemuan penting dan bersejarah bagi kedua-dua negara dengan harapan kerjasama ini dapat membawa manfaat yang besar bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat secara keseluruhannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×