UK lancar semakan semula tentera Britain selepas sidang NATO

UK lancar semakan semula tentera Britain selepas sidang NATO

STARMER ketika berucap di luar sidang kemuncak NATO di Washington, minggu lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer hari ini melancarkan semakan semula angkatan tentera Britain untuk menetapkan langkah meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kementerian Pertahanan berkata, ‘Semakan Pertahanan Strategik’ akan mula berfungsi segera, mengakui kegentingan ancaman yang dihadapi UK dan bertujuan menghasilkan laporan pada separuh pertama 2025.

Starmer berkata, semakan itu akan memastikan perbelanjaan pertahanan meningkat secara bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia akan dipantau oleh Menteri Pertahanan semasa, John Healey, yang turut menegaskan permulaan era baharu Britain memerlukan pembaharuan untuk pertahanan.

Kajian tersebut, yang akan diketuai oleh bekas Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Agung NATO, George Robertson, akan memastikan dasar diutamakan NATO menjadi inti pelan pertahanan Britain.

Pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Washington minggu lalu, Starmer mengesahkan sokongan UK untuk pakatan tentera Barat dan komitmen serius bagi membelanjakan 2.5 peratus daripada KDNK untuk pertahanan.

Dalam sidang itu, Starmer mengulangi komitmen untuk memberi sokongan ketenteraan sebanyak AS$3.9 bilion (RM18.2 bilion) setahun kepada Ukraine sehingga tahun 2030-2031.

Dilancarkan kurang daripada dua minggu selepas memegang kuasa, keutamaan kepada kajian tersebut merupakan respons kerajaan terhadap usaha Parti Konservatif untuk meragukan komitmen Parti Buruh terhadap pertahanan.

Dalam kempen pilihan raya lalu, Parti Konservatif memperkecilkan kemampuan Starmer untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan mendakwa Buruh adalah ancaman kepada keselamatan negara.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN