Penjawat awam ditahan berkaitan kes bunuh Nur FaKah Hartini

Penjawat awam ditahan berkaitan kes bunuh Nur Farah Kartini

Nidza Afham
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan ditahan untuk siasatan kes bunuh wanita yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat wanita itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, pemeriksaan awal mengesahkan mangsa dipercayai ialah individu yang dilapor hilang bersangkut Tanjung Malim Report: 2146/2024 pada Khamis lalu.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang juga penjawat awam.

“Berikutan itu, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada pukul 1.56 pagi.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×