MH17: Malaysia teruskan tindakan undang-undang 

MH17: Malaysia teruskan tindakan undang-undang 

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Russia kerana menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut beliau, Malaysia akan bersama negara-negara lain yang turut mengambil tindakan serupa selepas rakyat mereka terkorban dalam nahas itu.

“Kita bersama-sama dengan negara-negara (yang) terlibat terutamanya penumpangnya yang ramai.

“(Kita) akan terus mengambil tindakan undang-undang yang sedang juga dalam proses perjalanan sekarang,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan dan Perintah Kuala Lumpur (KLCCC).

MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal, sebahagian besarnya rakyat Belanda, terbunuh.

Penumpang lain yang turut berada dalam pesawat tersebut adalah rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Pada tahun lalu, Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua warga Russia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh MH17.

Dua warga Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko, turut didakwa menyebabkan semua 298 penumpang dan kru terbunuh.

Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki tersebut membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×