Beli beras tempatan guna kad pengenalan

Beli beras tempatan guna kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran mengehadkan pembelian beras putih tempatan (BPT) kepada warga tempatan sahaja bagi mengatasi masalah kesukaran memperolehnya di pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Lembaga Perlin­dungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof. Dr. Lee Nan Sang mencadang­kan satu sistem untuk merekodkan pembelian BPT kepa­da semua pengguna, terhad ha­nya satu kampit bagi setiap satu kad pengenalan.

Menurutnya, sistem yang di­wujudkan ini perlu mengesan rekod pemegang kad pe­nge­nalan tersebut sebagai lang­kah had dan pengawalan pembelian dalam pasaran.

“Adakah BPT dikhaskan dan dihadkan kepada rakyat Malaysia sahaja? Apa mekanisme digunakan untuk memastikan beras putih tempatan dijual kepada rakyat Malaysia dan bukan warga luar negara terutama pekerja asing?

“Saya berpendapat pekerja asing merupakan satu golo­ngan yang banyak membeli beras putih tempatan kerana ia merupakan sumber tenaga utama mereka. Namun, ada­kah ini dipantau dan terka­wal?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, jawapan Parlimen Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, sebanyak 1,428,391 kampit BPT 10 kilogram telah diedarkan di seluruh negara setakat 25 Jun tahun ini.

Jumlah itu melibatkan 1,217,526 kampit diedarkan di pasar raya, 109,340 kampit diedarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan 101,525 kampit diedarkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Selain itu, Nan Sang turut mempersoal jumlah yang diedarkan di pasaran itu mampu menampung permintaan pasaran pada satu-satu tempoh.

“Bagi jumlah 1.4 juta kam­pit BPT itu, untuk jangka masa berapa lama? Adakah jumlah itu diedarkan ke dalam pasaran sepanjang masa atau seketika sahaja?” soalnya.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Persatuan Per­gerakan Pengguna Malaysia, Sukhdave Singh berkata, perubahan trend pembelian beras putih import kepada BPT memberi kesan kepada bekalan dalam pasaran.

“Permintaan BPT naik mendadak disebabkan harga beras import kini lebih mahal di pasaran. Dahulu, ramai yang menggunakan beras import tetapi kini sudah beralih ke BPT.

“BPT bukan hanya dibeli oleh pengguna malah pengusaha makanan juga. Ini belum lagi mengambil kira pembeli­an yang dilakukan oleh pekerja asing,” katanya.

Di samping itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, bekalan BPT akan berterusan selagi tahap sara diri (SSL) negara pada paras yang rendah.

“Isu berhubung bekalan BPT akan berterusan selagi tahap sara diri (SSL) bagi bahan itu tidak mencapai 80 peratus. Oleh itu, KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu memainkan peranan bagi mengatasinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN