Sanggup sebar cerita fitnah demi mahukan watak - Utusan Malaysia

Sanggup sebar cerita fitnah demi mahukan watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tergelak juga Cik Bunga apabila dengar tentang kerenah seorang artis wanita ini. Kalau dahulu Cik Bunga pernah cakap mengenai sikap ibunya yang umpama lebih sudu dari kuah, ini kali kita dapat tahu mengenai perangai busuk hati diri pelakon ini pula.

Mahu dijadikan cerita, ada kru sebuah produksi sampaikan perkara ini kepada Cik Bunga. Katanya, pelakon wanita ini selalu tidak puas hati dengan seorang pelakon wanita yang baginya seakan ‘mengancam’ kedudukannya dalam industri.

Tergamak juga dia cakap pelakon saingannya itu sendu, walhal bagi Cik Bunga, dia pun sendu juga. Setakat satu drama saja, dia pun tak adalah popular sangat. Sekali itu sahaja dapat ‘lime light’, selepas itu populariti dia pun entah ke mana.

Sebab apa jadi macam itu? Sebab perangai dia sendirilah, berangan macam artis ternama benarlah dia, sombong tidak bertempat, makanya siapa sahaja hendak layan dia. Memang orang abaikan dialah.

Jadi, bila Cik Bunga dengar dia sengaja tabur fitnah pada seorang pelakon wanita itu siap tuduh si pelakon itu tak pandai berlakon, kayu, Cik Bunga terasa seakan dia sedang mentertawakan dirinya sendiri di hadapan cermin.

Iyalah, macam terlupa nak periksa diri sendiri pula dia bila sesuka hati cakap orang lain tak pandai berlakon. Pula itu, dia sengaja cakap macam itu dengan pengarah dan penerbit sebab ada motif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×