Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan mampu selamatkan wang negara RM1.5 bilion

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan mampu selamatkan wang negara RM1.5 bilion

AMIR Hamzah Aziza (kanan) bersalam dengan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan dijangka mampu menyelamatkan RM1.5 bilion wang negara dalam tempoh enam bulan tahun ini daripada aktiviti penyelewengan dan penyeludupan menerusi langkah penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun lalu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, andaian itu berpandukan kepada putara jualan diesel di semanjung Malaysia turun sebanyak 22.2 juta liter sehari.

Menurutnya, sebelum penyasaran subsidi itu diperkenalkan jualan diesel di seluruh stesen-stesen minyak semenanjung Malaysia berjumlah 28.6 juta liter sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bermakna jualan diesel turun kepada 6.5 juta liter sehari bersamaan 23 peratus. Mengambil kira tiada faktor untuk mendorong pengurangan kegunaan diesel kenderaan di semenajung antara Jun dan Julai, kerajaan dapat simpulkan bahwa sebelum penyasaran subsidi diesel, sekurang-kurang 6.5 juta liter sehari telah diseleweng sama ada oleh industri atau diseludup ke negara jiran.

“Daripada jumlah itu, kerajaan anggarkan jumlah ketirisan yang dapat dielakkan berjumlah RM250 juta sebulan,” katanya semasa mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Amir Hamzah memberitahu, pada masa sama jualan diesel di kawasan utara semenanjung yang bersempadan dengan Thailand turut menyusut antara 40 hingga 50 peratus.

Katanya, situasi itu jelas menunjukan pengurangan margin keuntungan memberikan kesan kepada penyeludup.

“Kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain terus diperkemaskan dalam membendung aktiviti penyelewengan dan penyeludupan bahan api diesel,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penyasaran petrol RON95, Amir Hamzah berkata, ketika ini kerajaan mahu memberikan tumpuan terlebih dahulu kepada diesel.

Katanya, hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu dikaji secara mendalam kerana ia melibatkan pelbagai pihak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini