Negara EU pembekal senjata terbesar ke Israel

Negara EU pembekal senjata terbesar ke Israel

TEMBAKAN dilepaskan dari laras artileri gerak sendiri, Howitzer milik tentera Israel dari selatan negara itu ke arah Gaza, di tengah konflik berterusan antara rejim Zionis dan kumpulan pejuang Hamas.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Negara-negara Eropah masih membekalkan kelengkapan persenjataan kepada Israel, ketika Tel Aviv semakin giat meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza.

Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Perancis, Itali dan Jerman, serta Amerika Syarikat (AS), menyumbang 81 peratus daripada import senjata Asia Barat antara 2019 dan 2023.

Perbelanjaan ketenteraan Israel melonjak 24 peratus kepada AS$27.5 bilion (RM128 bilion) berikutan serangan di Gaza, sekaligus menjadikan negara itu pembelanja senjata kedua terbesar di Asia Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

PEMBEKAL SENJATA UTAMA EROPAH

Sejak 2014 hingga 2022, Kesatuan Eropah (EU) memberikan lesen eksport kepada Israel bernilai kira-kira AS$6.8 bilion (RM31.7 bilion).

Senjata itu menyumbang kematian lebih 38,000 orang awam di Gaza, termasuk 10,000 wanita dan 15,000 kanak-kanak.

Walaupun beberapa negara Eropah, termasuk Belgium, Itali, Belanda dan Sepanyol memutuskan untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel, terdapat laporan akhbar mendakwa perdagangan ini masih berterusan.

JERMAN

Jerman kekal sebagai pembekal senjata terbesar Israel dari Eropah, menyediakan kira-kira 30 peratus daripada import Israel antara 2019 hingga 2023.

Tahun lalu, penghantaran senjata Jerman ke Israel meningkat 10 kali ganda iaitu dari 326.5 juta euro (RM1.6 bilion), memuncak selepas konflik 7 Oktober.

PERANCIS

Sebahagian besar eksport senjata dari Perancis antara tahun 2019 hingga 2023 diarahkan kepada negara-negara di Asia Barat, menyumbang 34 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan negara itu.

Negara itu juga diketahui menyediakan sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

ITALI

Walaupun terdapat undang-undang menyekat penjualan senjata kepada pelanggar hak asasi manusia, Itali masih menjual senjata bernilai 2.1 juta euro (RM10.65 juta) kepada Israel pada suku keempat 2023.

Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto mendakwa, tiada pemindahan senjata baharu ke Israel sejak 7 Oktober, walaupun terdapat laporan jual beli oleh syarikat seperti Leonardo.

Lesen eksport Itali ke Israel antara 2014 dan 2022, termasuk untuk kapal perang, senjata kecil, artileri, pesawat dan peluru bernilai 114 juta euro (RM578 juta).

UNITED KINGDOM (UK)

UK mengeluarkan lebih AS$576 juta (RM2.2 bilion) dalam lesen senjata kepada Israel sejak 2015.

Selain itu, 15 peratus daripada bahan yang digunakan dalam pengeluaran jet pejuang F-35 yang dibeli oleh Israel sejak 2016 dibekalkan oleh syarikat British, menurut laporan badan amal, Action on Armed Violence yang berpangkalan di London.

SEPANYOL

Negara ini tidak melaporkan sebarang penjualan senjata kepada Israel sejak 7 Oktober tahun lalu, tetapi data dari November 2023 menunjukkan pemindahan peluru bernilai 987,000 euro (RM5 juta).

Antara 2014 dan 2022, Sepanyol mengeluarkan lesen eksport bernilai 99 juta euro (RM502 juta), termasuk untuk peluru dan kenderaan tentera.

BELANDA

Belgium mengeluarkan 19 juta euro (RM96 juta) dalam lesen eksport ke Israel antara 2014 hingga 2022, meningkat 10 juta euro (RM50 juta) setakat tahun 2022.

Pada tahun ini, keputusan mahkamah di negara itu menghentikan eksport bahagian F-35 ke Israel, merujuk risiko pelanggaran undang-undang kemanusiaan.

Walaupun menghentikan penjualan senjata, negara itu memindahkan 46 juta euro (RM233 juta) senjata kepada Tel Aviv antara 2014 dan 2022, termasuk bahan letupan dan bahagian pesawat.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN