Gelombang hijau bukan faktor penentu kemenangan

Gelombang hijau bukan faktor penentu kemenangan

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sentimen gelombang hijau bukan lagi pendorong mana-mana parti menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemenangan di sesebuah kawasan mengambil kira sumbangan parti di situ.

Beliau percaya masyarakat DUN Nenggiri mula menilai prestasi pemerintahan Pas sebagai sebuah kerajaan ne­geri yang jauh berbeza de­ngan jasa Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang secara tradisinya menang di Parlimen Gua Musang.

“Apa yang berlaku di Sungai Bakap, kita lihat ramai pengundi Melayu menyokong Perikatan Nasional (PN), namun pada saya sokongan itu berbeza mengikut keperluan setempat.

“Apa pun kekesalan jelas dapat dilihat setelah mereka menolak BN, kehilangan kita cukup dirasai kerana parti ini banyak berjasa kepada mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN