60 hilang, tanah runtuh hanyutkan dua bas di Nepal

60 hilang, tanah runtuh hanyutkan dua bas di Nepal

KEMALANGAN berlaku di sepanjang lebuh raya Nurayanghat-Mugling, kira-kira 100 km ke barat Kathmandu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Lebih 60 orang dilaporkan hilang di Nepal selepas tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat menghanyutkan dua bas dari lebuh raya ke dalam sungai, hari ini.

Puluhan anggota pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari mangsa yang terselamat dalam insiden di daerah tengah Chitwan, kata pegawai daerah, Khimananda Bhusal kepada AFP.

Bhusal berkata, bas itu membawa sekurang-kurangnya 66 orang tetapi tiga penumpang dapat menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu jatuh ke dalam sungai.

Mereka yang berjaya menyelamatkan diri kini dirawat di hospital.

“Kami tidak pasti jumlahnya kerana bas itu mungkin mengambil penumpang lain di jalan raya.

“Air sungai semakin meningkat dan sehingga kini tiada lagi mangsa yang ditemui,” katanya.

Kemalangan itu berlaku di sepanjang lebuh raya Narayanghat-Mugling, kira-kira 100 kilometer ke barat ibu negara Kathmandu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal menzahirkan rasa sedih berhubung kemalangan itu menerusi satu catatan di platform media sosial, X.

“Saya mengarahkan semua agensi kerajaan, termasuk pentadbiran dalam negeri untuk mencari dan menyelamatkan semua penumpang,” katanya.

Kemalangan maut adalah perkara biasa berlaku di negara Himalaya kerana keadaan jalan yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggara dan pemanduan secara cuai.

Perjalanan menggunakan jalan raya menjadi lebih berisiko semasa musim tengkujuh kerana hujan mencetuskan tanah runtuh dan banjir.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×