NATO buka pejabat perhubungan pertama di Jordan

NATO buka pejabat perhubungan pertama di Jordan

ANGGOTA kakitangan bekerja di Ibu Pejabat NATO di Brussels, Belgium.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Jordan mengumumkan penubuhan pejabat perhubungan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pertama di Asia Barat, yang terletak di ibu negara, Amman.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan bersama berkata, penubuhan pejabat itu adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pakatan tentera.

Katanya, ia akan mendekatkan NATO dan Jordan dengan meningkatkan dialog politik serta kerjasama praktikal dalam bidang kepentingan bersama antara pakatan dan Amman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia akan membolehkan penglibatan tetap antara NATO dan pihak berkuasa Jordan, sekali gus menyumbang kepada pemahaman bersama yang lebih baik mengenai konteks nasional dan serantau,” katanya.

NATO dan Jordan berkata, pejabat itu juga akan membolehkan pembangunan, pelaksanaan program serta aktiviti perkongsian, termasuk antara lain persidangan, kursus dan program latihan dalam bidang seperti analisis strategik, perancangan dan kesediaan kecemasan awam, pengurusan krisis, diplomasi awam, keselamatan siber serta perubahan iklim.

Katanya, penubuhan pejabat itu mengakui peranan penting Jordan ‘sebagai mercu tanda kestabilan dalam konteks serantau dan global’, serta sebagai pendukung lama dalam memerangi ancaman transnasional, termasuk keganasan dan ekstremisme.

Pembukaan pejabat itu adalah perkembangan semula jadi hubungan NATO dan Jordan yang akan terus berkembang, kata kenyataan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN