Lelaki maut ditimpa tandan kelapa sawit - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditimpa tandan kelapa sawit

ABDUL Wahab Ariffin menyiram air di kubur adiknya di Tanah Perkuburan Islam Telok Medan di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditimpa tandan buah kelapa sawit dalam kejadian di Parit Mat Keling di sini hari ini.

Mangsa, Jamaluddin Ariffin, 49, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kebun sawit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Abang mangsa, Abdul Wahab Ariffin, 51, berkata, kejadian berlaku ketika adiknya mengambil upah mengait buah kelapa sawit di kebun milik penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai adiknya yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam kebun sawit pada pukul 1 petang.

“Pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan adik saya telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar.

“Bedah siasat mendapati kematian adik saya disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala akibat ditimpa objek dipercayai tandan buah kelapa sawit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, sebelum kejadian, adiknya itu ada menyatakan kerisauannya tentang hutang motosikalnya yang dibelinya lebih setahun masih berbaki hampir RM5,000.

“Sebelum ini dia tak pernah menunjukkan kerisuan seperti itu dan tidak sangka itu luahannya sebelum dia meninggalkan kami semua .

“Sebelum mengambil upah mengait sawit, padi tadi dia sempat menjual hasil tangkapan ikannya di pasar Masjid Tinggi,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Medan di sini pada pukul 8.30 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini