Warga Bangladesh tak mengaku pukul isteri

Warga Bangladesh tak mengaku pukul isteri

SEORANG warga Bangladesh (tiga dari kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya ketika didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan, bulan lepas.

Tertuduh, Shuvo Chandra Roy, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja kilang didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan tangan terhadap isterinya berusia 38 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Mak Mandin Jaya dalam daerah Seberang Perai Utara, kira-kira pukul 9.30 malam, pada 29 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, ketika prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh bukan seorang warga tempatan.

Pada masa yang sama, semakan yang dibuat dengan Jabatan Imigresen mendapati, tertuduh sepatutnya perlu pulang ke negara asalnya selepas Program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) tamat tempoh pada 31 Mac lalu.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 September ini untuk lantikan peguam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×