Rafizi nafi isu diesel punca PH kalah

Rafizi nafi isu diesel punca PH kalah

RAFIZI Ramli pada sidang akhbar sempena Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap tidak berpunca dari isu diesel yang dibawa kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu tersebut tidak menjadi isu kerana tiada perubahan besar dari segi peratusan sokongan rakyat.

Katanya, apa yang menjadi perbezaan ketara adalah kadar keluar mengundi di daerah yang kekurangan pengundi berbangsa Cina dan India.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila dilihat pada tahap sokongan orang Melayu, kalau betul soal diesel ini ada kesan besar kepada undian, maka kita akan jangka Perikatan Nasional (PN) untuk tingkatkan bahagian.

“Tetapi tiada perubahan. Ia sama seperti tahun lepas iaitu sebelum ada isu diesel ini,” katanya di sidang media sempena Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini