Mufti, timbalan mufti perlu dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah 

Mufti, timbalan mufti perlu dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah 

Syeikh Fadzil Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah dalam kalangan individu yang berpegang kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

 

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, malah pelantikan kedua-dua jawatan itu perlu melibatkan daripada aspek syariat mengikut mazhab Syafie dan boleh berpegang kepada Hanafi, Maliki, Hanbali atau ijtihad hukum yang memberi maslahah kepada masyarakat Islam manakala aspek Tasawuf pula, ia berdasarkan pegangan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Justeru itu, beliau menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 sebagai punca kuasa kepada Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah untuk penambahbaikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan selaras dengan peruntukan undang-undang.

 

“Peruntukan RUU yang mantap dan menyeluruh merangkumi bidang kuasa Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah iaitu Fatwa, Falak dan Tauliah Mengajar Agama Islam.

 

“Kepentingan undang-undang ini merujuk kepada pandangan Imam al Ghazali iaitu ‘tidak akan lurus untuk urusan agama melainkan lurusnya peraturan atau sistem dunia.

 

“Semoga RUU ini dapat menjadi platform terbaik dalam usaha memantapkan pengurusan pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

RUU Mufti bertujuan mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan.

 

Bahagian II RUU berkenaan mencadangkan peruntukan berhubung mufti dan timbalannya, manakala Bahagian III berkaitan penubuhan serta fungsi Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

Bahagian IV pula berkaitan peruntukan berhubung pengeluaran fatwa, diikuti Bahagian V mengenai penentuan arah kiblat, kesalahan dan penalti, Bahagian VI memperkatakan penubuhan serta fungsi Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

Bahagian VII RUU berkenaan membabitkan penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Rukyah Hilal Wilayah-Wilayah Persekutuan, diikuti Bahagian VIII berkaitan penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan perunding akidah serta Bahagian IX berhubung peruntukan pelbagai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini