UMNO Bentong tuntut kerusi DUN Ketari - Utusan Malaysia

UMNO Bentong tuntut kerusi DUN Ketari

MOHAMAD ZAINI Salleh (kiri) menyatakan sesuatu kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: UMNO Bentong menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari yang ketika ini disandang DAP diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, tuntutan itu berasas kerana Ketari mempunyai majoriti Melayu dan calon BN tewas tipis 120 undi pada PRU15.

“Kita akan buat tuntutan secara rasmi agar DUN Ketari diberikan kepada UMNO untuk pilihan raya umum akan datang, ini kerana kita ada justifikasi pada PRU15, kita UMNO bertanding dan kita hanya kalah 120 undi.

“Kita akan memohon pertimbangan pihak parti khususnya pimpinan BN pusat dan BN negeri agar memutuskan kerusi Ketari kepada UMNO,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Pada PRU15 lalu, calon DAP, Su Keong Siong menang kerusi DUN Ketari dengan majoriti 120 undi mengalahkan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN), Willian Tan.

Mohamad Zaini berkata, UMNO mempunyai beberapa calon berwibawa yang boleh diletakkan di DUN Ketari pada PRU16.

Katanya, calon itu mesra dan dikenali penduduk setempat serta merupakan anak Ketari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×