NPF menang kerusi terbanyak tetapi tidak dapat bentuk kerajaan

NPF menang kerusi terbanyak, tetapi tidak dapat bentuk kerajaan

SEORANG wanita bertudung memegang bendera Perancis ketika orang ramai meraikan keputusan pertama pusingan kedua pilihan raya Parlimen di Marseille, pada Ahad.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gabungan berhaluan kiri, New Popular Front (NPF) memenangi kerusi terbanyak mengatasi parti berhaluan kanan dalam pusingan penentuan pilihan raya Parlimen Perancis, pada Ahad.

Bagaimanapun, keputusan itu meletakkan Perancis dalam keadaan Parlimen yang tergantung dan mengancam kelumpuhan politik, memandangkan tiada pihak memenangi majoriti pada pilihan raya kali ini.

Keputusan pusingan kedua undian menjerumuskan Perancis tanpa sebarang laluan jelas untuk membentuk kerajaan baharu, menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tiga minggu sebelum Sukan Olimpik Paris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas memenangi pusingan pertama pada 30 Jun dengan margin yang jelas, keputusan itu merupakan satu kekecewaan besar bagi National Rally (RN) di bawah Marine Le Pen, walaupun pasukannya bersedia untuk berbangga sebagai parti terbesar di Parlimen.

Perdana Menteri, Gabriel Attal berkata, beliau akan menawarkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada Isnin, namun bersedia untuk berkhidmat ‘selagi diperlukan bertugas’, memandangkan temasya Olimpik yang semakin hampir.

“Negara kita sedang menghadapi situasi politik yang belum pernah berlaku sebelum ini dan pada masa sama bersiap sedia untuk menyambut dunia dalam beberapa minggu lagi,” kata Attal.

Gabungan NFP, ditubuhkan bulan lalu selepas Macron mengumumkan pilihan raya mengejut, meliputi kerjasama parti Sosialis, Hijau, Komunis dan France Unbowed (LFI) yang sebelum ini berpecah belah dalam satu kubu.

Tetapi unjuran oleh agensi pengundian utama menunjukkan NFP dijangka menjadi blok terbesar dalam Dewan Negara baharu dengan 172 hingga 215 kerusi, pakatan berhaluan tengah sokongan Macron pada 150 hingga 180 kerusi dan RN pada 120 hingga 152 kerusi.

Ini bermakna, tiada kumpulan yang hampir dengan 289 kerusi yang diperlukan untuk majoriti mutlak dan masih belum jelas bagaimana kerajaan baharu boleh dibentuk.

Pemimpin LFI yang juga tokoh kontroversi dalam gabungan NFP, Jean-Luc Melenchon menuntut golongan kiri dibenarkan untuk membentuk kerajaan.- AL JAZEERA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN