Pelatih OKU belajar dalam keadaan panas

Pelatih OKU belajar dalam keadaan panas

ANUAR Abdul Rahman menunjukkan bangunan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Warisan Mentakab yang perlu dinaik taraf demi keselamatan dan keselesaan pelatih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Bangunan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Warisan Mentakab di sini, semakin uzur dan perlu dibaik pulih segera demi keselamatan dan keselesaan pelatih.

Pengerusi PDK Cahaya Wa­risan Mentakab, Anuar Abdul Rahman berkata, bangunan lama bekas kuarters kerajaan yang diduduki lebih 15 tahun dengan sewa tapak RM1,200 daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang itu, dilihat sudah tidak sesuai sebagai lokasi pendidikan.

Katanya, aspek keselamatan bukan sahaja dari segi pendawaian tetapi struktur bangunan lama sudah berusia lebih 40 tahun termasuk banyak siling tercabut dan panas.

“Terdapat seramai 43 pelatih terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) berusia empat tahun hingga 35 tahun dengan empat petugas dan seorang penyelaras di sini.

“Pelatih terpaksa belajar dalam kondisi panas kerana tiada pendingin hawa,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di PDK berkenaan.

Anuar berharap usaha menaik taraf PDK Cahaya Warisan dapat menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan golongan OKU.

“Dalam jangka panjang, secara langsung dapat menggembleng sumber tempatan untuk program pemulihan sumber tempatan bagi pemulihan dan membantu golongan OKU,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×