Anggota Rela perlu bertindak ikut peraturan

Anggota Rela perlu bertindak ikut peraturan

SHAMSUL ANUAR Nasarah memakaikan beret kepada seorang anggota sempena Hari Ulang Tahun Rela Ke-52 di ALARM, Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) perlu memastikan setiap tindakan diambil adalah selari dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, agensi itu kini dengan kekuatan aktif mencapai hampir 150,000 anggota seluruh negara harus mengamalkan tahap integriti yang tinggi dengan menjauhi amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurutnya, Rela merupakan antara pasukan yang memainkan peranan penting bagi menjayakan konsep Malaysia MADANI kerana peranannya dalam aspek kesejahteraan dan ihsan.

“Jumlah inilah yang diharapkan akan memberikan sepenuh kerjasama dengan kepemimpinan kerajaan dalam memberikan khidmat serta membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara.

“Besar harapan kerajaan agar setiap anggota Rela memberikan sepenuh komitmen khidmat bakti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat, agar rakyat sentiasa berasa aman.

“Hubungan timbal balik ini perlu diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa manakala kerajaan memberi jaminan akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anggota Rela,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Ulang Tahun Rela Ke-52 di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM), Sungai Udang di sini, hari ini.

Tambah Shamsul Anuar, sehingga Jun lalu, kira-kira 12,000 anggota bertugas setiap hari meliputi penugasan kawalan perimeter di premis-premis kerajaan, Rondaan Komuniti Rela 3.0 dan Rondaan Keselamatan Pasukan Sempadan Rela (PSR).

“Angka-angka itu bukan sekadar menjadi sebutan tetapi itulah jumlah ketua isi rumah (KIR) dalam kiraan mudah, kita anggarkan satu ketua isi rumah akan menyara tiga isi rumah, ia akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 35,000 orang isi rumah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×