Rakyat Thailand akui sukar dapatkan diesel seludup

Rakyat Thailand akui sukar dapatkan diesel seludup

RAKYAT Thailand mengisi diesel seludup yang dijual di sepanjang laluan Sungai Golok ke Tak Bai di Wilayah Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Rakyat Thailand mendedahkan mereka sukar mendapatkan bekalan diesel seludup sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan penyasaran subsidi bahan api itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat hampir 100 buah gerai menjual petrol dan diesel yang diseludup dari Malaysia menggunakan laluan tikus di sepanjang Sungai Golok untuk kegunaan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, hanya 50 buah gerai yang dilihat aktif menjalankan perniagaan itu selepas Malaysia melaksanakan penyasaran diesel di sepanjang laluan utama Sungai Golok ke Tak Bai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Lee, 45, mengakui rakyat negara ini semamangnya bergantung kepada diesel seludup dari Malaysia untuk menggerakan trak pikap.

Menurutnya, harga diesel seludup yang murah berbanding di stesen minyak menjadikan bahan bakar sebagai pilihan utama.

“Harga diesel Malaysia lebih rendah jika dibanding dengan Thailand. Namun sejak diapungkan harga diesel Malaysia dari RM2.33 naik kepada RM3.35 seliter.

“Bila harga naik, bekalan mulai kurang kerana penyeludup tidak lagi mahu membawa masuk disebabkan untung makin kecil,” katanya.

Lee memberitahu, walaupun naik, harga diesel masih lagi murah jika hendak dibangdingkan dengan Thailand.

Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Leh, 50, berkata, bekalan diesel sukar diperoleh sejak Malaysia mengapung harga bahan bakar itu.

Katanya, kebanyakan penyeludup sudah tidak berminat membawa masuk bahan bakar itu disebabkan untung makin mengecil.

“Di sini (Thailand) diesel dijual sekitar RM4.30 dan bezanya hanya 95 sen sahaja berbanding di Malaysia.

“Sejak itu (penyasaran subsidi diesel) penyeludup mula beralih daripada diesel kepada petrol. Hal ini kerana harga petrol di Malaysia masih lagi rendah berbanding di Thailand,” ujarnya.

Leh turut mendedahkan kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia menyaksikan bekalan bahan api seludup makin sukar untuk diperoleh.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun lalu.

Penetapan itu dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN