Kementerian teliti penempatan doktor, pakar

Kementerian teliti penempatan doktor, pakar

Dzulkefly Ahmad pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam. – JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan segera mengatasi ketidakseimbangan agihan tenaga perubatan terutamanya pakar bagi memberi khidmat kesihatan lebih meluas dan adil.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sentiasa menilai untuk mencapai liputan kesihatan sejagat dengan tidak meninggalkan sesiapa pun.

“Saya sangat insaf dan sedar akan keperluan untuk segera mengatasi ketidakseimbangan agihan pakar dan sebagainya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia untuk capai kepada cita-cita liputan kesihatan sejagat, memberikan keadilan dan kesimbangan.

“Inilah yang menjadi cabaran kepada saya dan saya akan terus membuat penilaian dan apa pun keperluan pendekatan serta dari sudut agihan sumber manusia,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung amalan Kementerian Kesihatan selama ini yang didapati menempatkan pakar khususnya yang terlatih di kawasan memerlukan tidak begitu jelas.

Terdahulu, Dzulkefly berkata, kementeriannya juga sedang memperhalusi polisi baharu bagi reformasi sumber manusia terutamanya berkaitan kekurangan serta ketidakseimbangan petugas kesihatan.

Katanya, perkara itu antara pendekatan bagi menarik siswazah perubatan seterusnya meningkatkan nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk.

Selain itu, katanya, memberikan skim perubatan gred dan gaji yang lebih menarik dan elaun lain yang terdapat dalam skim perubatan seperti bayaran insentif pakar, elaun lokum dan elaun tugas atas panggilan serta peluang menarik melanjutkan pelajaran sama ada mereka tetap mahupun kontrak.

“Jumlah lantikan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 50 peratus sejak pandemik melanda negara kita dan kekerapan lantikan yang dibuat.

“Pada 2018, seramai 4,924 PPS dan bagi tahun 2020 pula, seramai 5,113 orang PPS telah dilantik. Bagaimanapun selepas pandemik Covid-19 iaitu pada 2022, hanya seramai 3,245 siswazah perubatan telah dilantik dan diikuti dengan pelantikan seramai 3,265 siswazah perubatan dilantik pada 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN