Sultan Selangor terima menghadap Menteri Komunikasi

Sultan Selangor terima menghadap Menteri Komunikasi

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima menghadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima menghadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat sini semalam.

Sesi itu bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke- 17, Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara 20 Julai ini.

Dalam hantaran menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, Sultan Sharafuddin berkenan menerima warkah persilaan berkenaan.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pada 16 Mei lalu, Fahmi dilaporkan berkata,  kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik itu yang berlangsung lima tahun sekali.

Antara acara terbabit Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak dan Pameran Raja Kita di Muzium Negara.

Fahmi ditugaskan  sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×