Austin Butler pernah kecewa kerana The Hunger Games - Utusan Malaysia

Austin Butler pernah kecewa kerana The Hunger Games

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Austin Butler mengakui pernah dikecewakan gara-gara tidak terpilih untuk membawa watak Peeta Mellark menerusi filem The Hunger Games.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, penolakan yang dihadapnya itu menjadi antara pengalaman paling memberi kesan terhadap kerjayanya.

“Mereka tidak hubungi saya semula untuk watak Peeta Mellark,” katanya.

Mellark, yang dilakonkan Josh Hutcherson merupakan antara watak penting dalam filem itu.

Namun, Butler menyifatkan Hutcherson berjaya menghidupkan watak berkenaan.

“Dia hebat,” katanya ringkas.

Butler bagaimanapun menebus kehampaannya apabila terpilih menghidupkan watak Elvis Presley dalam filem arahan sutradara, Baz Luhrmann.

Keberkesanan Butler membawa watak tersebut melayakkannya tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada anugerah Oscar 2023.

“Sejak awal lagi, saya melihat Baz bukan setakat melakukan uji bakat, tetapi juga sebuah bengkel lakonan.

“Jadi saya anggap apa yang saya lalui dalam filem ini sebagai satu proses,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×