Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menguji peluru berpandu hipersonik pada awal pagi Rabu, namun pelancaran senjata itu berakhir dengan letupan di udara.

Peluru berpandu itu dilancarkan hanya beberapa jam selepas Pyongyang menghantar sebuah belon berisi sampah ke Korea Selatan, menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Incheon ditangguh selama tiga jam.

Ketua Turus Bersama (JCS) di Seoul dalam kenyataan berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan dalam atau sekitar Pyongyang kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan).

Katanya, agensi perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan analisis untuk memberikan perincian lanjut mengenainya.

Pegawai JCS berkata, ujian yang dipercayai seperti peluru berpandu hipersonik itu berakhir dengan kegagalan selepas dilancarkan kira-kira 250 kilometer (km).

Pada masa sama, Jepun turut mengesahkan pelancaran itu, yang didakwa serpihan letupan peluru berpandu itu jatuh di Laut Jepun, juga dikenali sebagai Laut Timur.

“Semua kapal sila berhati-hati dengan maklumat yang diterima dan elakkan daripada mendekati objek jatuh, selain melaporkan maklumat berkaitan kepada pengawal pantai,” katanya dalam laman web.

Ujian itu susulan Korea Utara melancarkan ratusan lagi belon berisi sampah ke arah selatan pada Isnin dan Selasa, dalam siri rentetan sempadan yang mencetuskan kempen propaganda ‘balas dendam’.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×