Jeffrey Kitingan menang tanpa bertanding Presiden STAR

Jeffrey Kitingan menang tanpa bertanding Presiden STAR

FLOVIA NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita apabila tewas dalam pemilihan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) baru-baru ini.

Flovia tewas dengan 86 undi di belakang pencabarnya Kerry Chee Kheng Moi yang memperoleh 167 undi. Flovia hanya memperoleh 81 undi dalam persaingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita berkenaan.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung sempena mesyuarat agung tiga tahunan itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan sebagai Presiden STAR.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi tiga jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin serta Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik masing-masing berjaya mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden (Bumiputera Bukan Islam) dan Timbalan Presiden (Bumiputera Islam).

Hanya Timbalan Presiden (Tionghua/Cina) sahaja yang memperlihatkan pertukaran apabila Datuk Kenny Chua menang dengan memperoleh 180 undi menewaskan Kapitan Datuk Stephen Teo yang memperoleh 176 undi.

Sementara itu, enam jawatan Naib Presiden yang ditandingi 16 orang calon dimenangi oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Suling Isib, Apas Nawawie Saking, Lin Harun, Kong Soon Choi dan Beverly Natalie Koh.

Dalam pemilihan itu, lapan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti turut dipilih daripada 27 calon yang bertanding.

Lapan AMT yang terpilih adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Datuk Anita Baranting; Evaristus Gungkit, Jovilis Majami, Suzy Lojimit, Raplin Samat, Alviana Linus, Fung Len Fui dan Maklin Mansiau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini