KUALA TERENGGANU: Sebanyak 64 pasukan bola baling menyertai Kejohanan Haji Land Handball Championship, Piala Dato’ Mohamad Azlan Ali di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kejohanan selama dua hari itu dianjurkan oleh Kelab Bola Baling HHC (Harun Handball Club) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun (Satu), Petaling Jaya, Selangor.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 12 Tahun melibatkan 24 pasukan, Perempuan Bawah 12 Tahun (24 pasukan) dan Lelaki Bawah 17 Tahun (16 pasukan)
Pasukan yang menyertai kejohanan itu dari Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Pahang.
Pasukan PGHC dari Johor muncul sebagai johan kategori Lelaki Bawah 12 tahun, naib johan, Bokgedan HC (Melaka) dan ketiga Wildcays (Kuala Lumpur) dan SJTPG (Selangor).
Sementara itu, pasukan PGHC dari Johor muncul juara kategori Perempuan Bawah 12 Tahun, naib juara, Black Widow (!Selangor) dan ketiga, SJTPG (Selangor) dan The Hawkaye (Selangor).
Pasukan PGHC dari Johor menjuarai kategori Lelaki Bawah 17 Tahun, nain johan, Jebat HC (Melaka) dan ketiga, King Town Handball ( Selangor) dan Harun Legacy A ( Selangor).
Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan Pengarah Urusan Haji Land, Datuk Mohamad Azlan Ali. – UTUSAN










