Arak beracun: Angka korban meningkat 56 orang

Arak beracun: Angka korban meningkat 56 orang

SAUDARA mara meratapi kematian ahli keluarga mereka yang maut selepas minum arak beracun di Kallakurichi, negeri Tamil Nadu di India.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMIL NADU: Polis mengesahkan angka kematian akibat pengambilan alkohol beracun di daerah Kallakurichi, selatan Tamil Nadu meningkat kepada 56 orang.

Pegawai tertinggi polis daerah, Rajat Chaturvedi berkata, kira-kira 117 yang lain dirawat di hospital dan dilaporkan semakin pulih.

Minggu lalu, beratus-ratus orang di daerah itu mengalami keracunan alkohol kerana minum arak buatan, yang dicampur dengan metanol.

Pesaing politik di negeri itu saling menuding jari antara satu sama lain atas kejadian tersebut, dan berlaku protes oleh ahli politik pembangkang di lokasi tragedi, hari ini.

Sebahagian buruh miskin di daerah Kallakurichi kerap membeli arak dalam beg plastik berharga AS$0.70 (RM3.20), untuk diminum sebelum bekerja.

Tamil Nadu bukan negeri yang melarang minuman keras, tetapi arak yang dijual di pasaran gelap adalah jauh lebih murah berbanding produk yang dijual secara sah.

Setiap tahun, ratusan rakyat di India mati akibat keracunan arak murah yang dibuat di kilang penyulingan di belakang jalan.

Bagaimanapun, insiden keracunan yang berlaku pada Selasa lalu dianggap antara yang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Minuman alkohol seumpama itu sering dicampur dengan metanol untuk meningkatkan potensinya, yang berisiko mengakibatkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Tahun lalu, kes arak beracun membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dalam satu persidangan di negeri Bihar, timur India, manakala kira-kira 42 meninggal dunia di Gujerat pada 2022.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×