20 maut, kilang bateri terbakar di Korea Selatan

20 maut, kilang bateri terbakar di Korea Selatan

ANGGOTA bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran di kilang bateri litium di Hwaseong, Seoul.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah kilang pembuatan bateri litium di Korea Selatan terbakar, yang dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, hari ini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kilang yang dikendalikan oleh pengeluar bateri Aricell di Hwaseong, selatan Seoul.

Pegawai bomba, Kim Jin-young berkata, kebakaran dipercayai tercetus selepas beberapa sel bateri meletup di dalam sebuah gudang, yang mengandungi kira-kira 35,000 unit bateri.

Kebakaran dilaporkan bermula di bangunan tiga tingkat berstruktur konkrit bertetulang yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 2,300 meter persegi.

Pihak bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran sepenuhnya kerana bateri litium yang terbakar sukar dikendalikan dengan kaedah pemadam kebakaran konvensional.

Menurut agensi berita Yonhap, kira-kira 20 mayat ditemukan, tetapi Kim dalam taklimat televisyen memberitahu bahawa sembilan orang maut dan empat yang lain cedera, dengan dua daripadanya kritikal.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×