Buruh miliki dua laras senapang buatan sendiri ditahan

Buruh miliki dua laras senapang buatan sendiri ditahan

MUHAMAD Zaki Harun (tiga kiri) menunjukkan senapang buat sendiri yang dirampas semas sidang media di IPK Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan seorang buruh menyimpan dua laras senapang buatan sendiri dipercayai untuk kegiatan memburu haiwan secara haram mengundang padah selepas dia ditahan polis dalam serbuan di
Pos Blau dekat Gua Musang semalam.

Dalam serbuan pukul 4 pagi itu, polis turut merampas 15 biji guli yang dijadikan sebagai peluru untuk tujuan berburu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sejurus menahan suspek berusia 41 tahun itu anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan dan menjumpai dua laras senapang buatan sendiri, sebotol cecair hidrokarbon (spirit) dan 15 biji guli dalm sebuah bilik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut ditemui tiub straw berisi enam biji pil kuda. di dalam kotak rokok. Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Kampung Panchor, Kota Bharu itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Lelaki itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah selain tiga rekod kes ragut dan mencuri kenderaan bermotor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Katanya, siasatan turut mendapati, golongan yang menyimpan senapang buatan sendiri akan menggunakan senjata itu untuk tujuan memburu haiwan secara haram.

“Orang ramai tidak boleh menyimpan atau membuat senjata sendiri kerana ia merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×