DORTMUND: Arda Guler menjadi wira Turkiye selepas menjaringkan gol jarak jauh yang menakjubkan untuk membuka kempen Euro 2024 dengan kemenangan 3-1 ke atas Georgia.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Signal Iduna Park itu, Turkiye membuka jaringan menerusi sepakan voli Mert Muldur pada minit ke-25.
Selang tujuh minit kemudian, Georgia berhasil menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertama Georges Mikautadze di pentas kejohanan Eropah.
Babak kedua menyaksikan bintang muda, Real Madrid Guler menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-65 untuk menghadiahkan gol kedua Turkiye.
Georgia cuba mengasak benteng pertahanan Tukrkiye namun terpaksa akur apabila Kerem Akturkoglu menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan. – AGENSI








