Rai produk pilihan pengguna

Rai produk pilihan pengguna

SEBANYAK 20 jenama dinobatkan sebagai pilihan terbaik pengguna pada Anugerah Real Beauty anjuran AEON baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 20 jenama dinobatkan sebagai pilihan terbaik pengguna dalam Anugerah Real Beauty baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, pemilihan itu dibuat menerusi kaedah undian yang dilakukan oleh komuniti Real Beauty.

Katanya, komuniti itu terdiri daripada peminat kecantikan dalam kalangan para pelanggannya.

“Seramai 300 komuniti Real Beauty termasuk lelaki turut serta dalam proses pengundian produk.

“Menerusi ‘suara’ mereka kita dapat mengenal pasti sekali gus meraikan produk kecantikan dan kesihatan pilihan terbaik pengguna di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas majlis.

Terdahulu, beliau turut melancarkan produk mandian badan terbaharu keluaran AEON iaitu Daisuki.

Kata Ngai Yuen, penganugerahan julung kali itu dalam masa sama membuktikan yang pengguna benar-benar tahu jenama terbaik di pasaran.

Katanya, kewujudan golongan Real Beauty penting sebagai penyalur dan penyebar maklumat tentang sesuatu produk berdasarkan pengalaman peribadi masing-masing.

Ia secara tidak langsung membantu pihaknya mendapatkan maklum balas terperinci tentang produk-produk yang dijual di rangkaian pasar raya besar terkemuka itu.

“Inisiatif ini dapat memastikan setiap produk yang dijual di rak-rak AEON memenuhi keperluan pengguna yang berbeza dan pelbagai.

“Dalam masa sama, ia dapat membantu kami menonjolkan sesuatu jenama atau produk baharu,” katanya.

Sebanyak 55 jenama bersaing dalam Anugerah Real Beauty dengan melibatkan keseluruhan 28 kategori.

Kategori itu ialah produk kosmetik, penjagaan diri dan wajah, kesihatan serta haruman premium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×