Marrybrown️ tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan

Marrybrown️ tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan

JOSHUA Liew (tiga dari kanan) pada majlis sempena usaha niaga baharu dan pembukaan cawangan Marrybrown di Uzbekistan dan Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Marrybrown®️ selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) halal tempatan terbesar terus memperkukuh jenama di peringkat antarabangsa apabila bakal menembusi pasaran Kemboja dan Uzbekistan.

Pembukaan cawangan baharu di dua negara itu akan dilaksanakan menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan SP QSR and Food Services Co. Ltd. dan Gemilang International Limited.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Marrybrown®️, Datuk Joshua Liew berkata, dengan lebih 40 tahun pengalaman francais, Marrybrown®️ kini menyasarkan untuk membuka lebih 30 cawangan baharu di Kemboja dan Uzbekistan dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Ujarnya, susulan permintaan makanan halal yang menggalakkan dari negara sebelum ini, ia telah membuka peluang yang lebih meluas dalam memperkenalkan Ayam Goreng MB®️ yang digemari ramai serta pelbagai lagi hidangan inovatif dengan sajian istimewa Malaysia pada peringkat luar negara dan pada masa sama terus memperluaskan pasaran domestik.

“Kerjasama dengan syarikat ini sejajar dengan rancangan perkembangan antarabangsa kami. 

“Dengan pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang pasaran tempatan, kami optimis bahawa kerjasama ini akan mendatangkan kejayaan yang luar biasa. 

“Pembukaan cawangan terbaharu ini membolehkan kami mengetengahkan pengalaman pemakanan yang unik dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan baharu,” katanya dalam kenyataan. 

Berikutan MoU yang baru ditandatangani baru-baru ini, Marrybrown®️ bersedia untuk melancarkan cawangan pertamanya di Phnom Penh, Kemboja. 

Pembukaan Marrybrown®️ pertama di Uzbekistan adalah di Tashkent City yang memberikan rakyat negara itu peluang menikmati hidangan makanan halal yang baharu. 

Joshua berkata, dengan peningkatan permintaan untuk makanan halal, Marrybrown®️ mengambil peluang ini untuk menghidangkan pilihan makanan yang diperlukan. 

“Memperluaskan cawangan kami ke Phnom Penh di Kemboja dan Tashkent City di Uzbekistan membolehkan kami untuk membawa kelazatan hidangan Malaysia yang diperakui halal ke pasaran baharu,” katanya.

Marrybrown®️ kini melayani berjuta pelanggan melalui lebih 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×