Lelaki tidak pulang rumah ditemui mati dalam semak 

Lelaki tidak pulang rumah ditemui mati dalam semak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Lelaki yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu ditemui meninggal dunia berhampiran motosikalnya di kawasan semak di Jalan Besar Felda Soeharto di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, anak mangsa sebelum itu mendakwa bapanya tidak pulang setelah keluar rumah untuk membeli rokok dari Taman Sentosa, Klang.

“Laporan kehilangan lelaki berusia 57 tahun iu dibuat di Balai Polis Klang pada 9 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, polis menemukan mayat bersebelahan dengan sebuah motosikal di kawasan semak di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mayat terbabit merupakan mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal sebelum terbabas dan tercampak di kawasan semak itu.

“Akibat kejadian mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini