PIK bantu mudahkan penduduk luar bandar daftar PICK - Utusan Malaysia

PIK bantu mudahkan penduduk luar bandar daftar PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Lebih 1,000 Pusat Internet Komuniti (PIK) seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di seluruh negara akan dijadikan pusat bagi membantu orang awam mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

SKMM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, PIK dijangka memudahkan penduduk di luar bandar khususnya warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK akan membantu melicinkan proses pendaftaran itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

“Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Katanya, mereka yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 boleh manfaatkan kemudahan di PIK untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak PIK yang berdekatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×