Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas hari ini

Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas hari ini

FAHMI Abd. Moin ketika sidang akhbar sebaik sahaja tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin akan bebas daripada siasatan berhubung kes bunuh kanak-kanak tersebut.

Peguam, Fahmi Abd. Moin berkata, kedua-dua suspek yang ditahan semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.

“Berkaitan dengan status tangkapan semalam melibatkan datuk dan nenek Zayn Rayyan, saya difahamkan mereka akan dilepaskan pagi ini tetapi tidak tahu pukul berapa,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut beliau berkata, akan ada pertuduhan pada hari ini melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan.

Semalam, datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap sekitar Subang Bestari, Petaling Jaya pada jam 2.30 petang oleh anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Terdahulu, media melaporkan dua peguam mendakwa, pihak polis memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan pengakuan bersalah daripada ibu Zayn Rayyan atas tuduhan membunuh kanak-kanak autisme itu.

Fahmi berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 itu, dalam prosiding secara tertutup di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Menurutnya, seorang lagi peguam, Mahmud Jumaat dibenarkan masuk untuk mengikuti prosiding itu dan membuat bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Katanya, berdasarkan undang-undang, kanun itu tidak dinyatakan dalam mana-mana prosedur yang jelas.

“Disebabkan tiada peruntukan khusus untuk membuat permohonan, ia menjadi sangat prejudis kepada dua anak guam kami kelak.

“Kami bantah sebab permohonan ini boleh menjejaskan pertahanan kepada pembelaan kami kelak, sekiranya mereka dituduh di mahkamah,” katanya.

Fahmi berkata, seksyen tersebut juga tidak relevan sekiranya polis mahu mendapatkan pengakuan bersalah di hadapan seorang majistret. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×