Tropicana bakal lancar dua projek mega RM1.3b di Johor

Tropicana bakal lancar dua projek mega RM1.3b di Johor

DUA projek tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran pembangunan kediaman, komersial, perusahaan dan industri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) akan melancarkan dua projek mega dengan nilai pembangunan kasar (GDV) hampir RM1.3 bilion bagi memenuhi permintaan pasaran pembangunan kediaman, komersial, perusahaan dan industri di Johor.

Pengarah Urusan Tropicana, Karen Lee berkata, Tropicana merancang untuk melancarkan Lido Waterfront Boulevard yang dinamik di Johor Bahru dan Tropicana Uplands di Gelang Patah yang menempati sebahagian daripada tanah miliknya seluas 809.3 hektar. 

“Kedua-dua pembangunan ini terletak di lokasi tumpuan yang memiliki akses serta jajaran jalan raya yang baik untuk ke Tambak Johor serta Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,  hal itu merupakan faktor utama pembangunan yang menerima permintaan tidak hanya dari rakyat tempatan yang bertugas di Singapura, malah menarik minat warga dari seberang Tambak Johor.

Menurut Karen, Tropicana telah bertapak kukuh di Johor sejak 2010 dalam pembangunan perumahan dan komersial, selain dalam penerokaan pembangunan industri.

“Ia disebabkan Johor sentiasa menjadi destinasi utama bagi pelabur luar terutamanya pusat data disebabkan oleh kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura,” katanya.

Katanya, dua perbandaran yang dibangunkan itu selari dengan prinsip pembangunannya iaitu ‘Redefining the Art of Living, Sharing and Caring’ yang berasaskan lapan DNA pembangunan unik dan tiga prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Lapan DNA pembangunan unik mereka itu termasuklah kemudahan dan fasiliti, tasik dan taman dalam landskap yang luas, serta lokasi strategik dengan lebuhraya yang berhubung baik. 

“Tiga tonggak ESG kami merujuk kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk membawa keamanan dan kemakmuran,” katanya.

Selain itu, Tropicana kini sedang dalam perbincangan dengan beberapa pelabur antarabangsa bagi pembangunan industri yang lebih inovatif, mengoptimumkan penggunaan tenaga, serta mengurangkan penggunaan kuasa demi mencapai kelestarian hijau dan alam sekitar.

“Usaha ini untuk memastikan Johor muncul sebagai negeri dengan pelaburan tertinggi di Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×