Batal atau jumpa di mahkamah - Pemuda UMNO Johor - Utusan Malaysia

Batal atau jumpa di mahkamah – Pemuda UMNO Johor

NOOR AZLEEN AMBROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor mendesak supaya ‘Program Permohonan Kewarganegaraan’ yang ingin dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dibatalkan atau diheret ke mahkamah.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros menegaskan program tersebut bukan hanya ditangguhkan, malah perlu dibatalkan kerana dikhuatiri boleh mengundang ketidaktenteraman awam dan sensitiviti masyarakat.

“Isu warganegara sudah termaktub dalam perlembagaan, peraturan dan prosedur operasi standard untuk mana-mana pihak memohon warganegara jelas di bawah selian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dalam bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersandarkan poster itu, nanti warga asing yang tiada kena mengena akan menyerbu program tersebut dan ini sangat berbahaya, ia undang pelbagai isu,” katanya mengulas poster tersebut yang tular dan mendapat kecaman banyak pihak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, pihaknya akan menangguhkan pelaksanaan program yang dijadualkan pada 30 Jun ini kerana salah faham yang timbul daripada tajuk poster, iaitu ‘Program Permohonan Kewarganegaraan’.

“Program ini bertujuan menangani isu tiada status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain. Tajuk poster program tersebut telah menimbulkan salah faham daripada pelbagai pihak. Isu yang hendak ditangani melibatkan perkahwinan tidak sah taraf dan tidak didaftarkan antara rakyat tempatan dan warganegara luar.

“Ini menyebabkan anak yang lahir tidak mempunyai sijil kelahiran dan kesannya, anak tidak dapat bersekolah, sukar mencari pekerjaan, tidak layak memiliki kenderaan juga lesen memandu,” katanya sambil berharap dengan adanya penerangan tersebut, tiada spekulasi tidak tepat dimainkan pelbagai pihak.

Terdahulu, program yang dijadualkan berlangsung di Plaza Sentosa, di sini mendapat reaksi negatif pelbagai pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×