RM200 juta perkasa program TVET - PM

RM200 juta perkasa program TVET – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis perasmian Hari TVET Negara 2024 serta melancarkan Peluncuran Dasar TVET Negara 2030 diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mampu memanfaatkan kira-kira 13,000 pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembiayaan tambahan itu disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi program TVET dalam bidang berasaskan peralihan tenaga, industri berasaskan teknologi dan digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi, pertanian dan industri asas tani dan industri nadir bumi.

“Saya percaya ini disalurkan menerusi PTPK tetapi saya serahkan kepada Pengerusi Majlis TVET Kebangsaan untuk memutuskan keutamaan kerana kita mahu (perkasa) bidang kenderaan elektrik (EV), keselamatan siber; kecerdasan buatan (AI), bahan termaju, teknologi elektronik mekanisasi ladang dan automasi pertanian serta penternakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kita luluskan peruntukan tambahan ini dan yang lain-lain yang dicadangkan tambahan untuk orang kurang upaya (OKU), untuk orang asal, itu saya percaya selari dengan dasar kerangka ekonomi Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Dasar TVET negara 2030 dan perasmian Hari TVET Negara (HTN) 2024 yang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Kuala Langat dekat sini, hari ini.

Menurut Anwar, pembiayaan dalam bidang-bidang itu akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program-program latihan selari dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

“Ia adalah usaha mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim dan amalan kemampanan, anjakan demografi dan globalisasi rantaian nilai yang akan mengubah sifat pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini