Kian Meng-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

Kian Meng-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akhirnya keluar daripada kemeruduman prestasi selepas melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Pasangan yang berada di ranking ke-21 dunia itu mengejutkan gandingan No. 8 dunia, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan 21-8, 21-19 dalam masa 39 minit pada suku akhir.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya memberi satu suntikan moral kepada Pei Jing yang menjadi mangsa sindiket penipuan, baru-baru ini, apabila hampir kesemua wang simpanannya lesap.

Pada separuh akhir, esok, Kian Meng-Pei Jing bakal berdepan beregu No. 5 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Xa Yin.

Pie Jing ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, dia tidak sangka mampu melangkah sejauh ini dan perjalanan mereka masih belum berakhir kerana esok, masih ada aksi separuh akhir perlu ditempuhi.

Kian Meng pula amat berharap selepas sekian lama tidak mara sejauh separuh akhir, dia dan Pei Jing dapat bermain dengan lebih matang dan konsisten.

“Kami pernah berdepan Jian Zhen-Ya Xin dua atau tiga kali sebelum ini dan kami kalah kesemuanya, jadi, esok kami anggap diri kami sebagai bukan pilihan,” katanya.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan negara yang menghuni ranking ke-32 dunia, Leong Jun Hao setelah dia tunduk kepada bintang No. 4 dunia, Li Shi Feng dari China 11-21, 12-21 di suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×