Op HUU: Polis KL keluar 9,427 saman pelbagai kesalahan lalu lintas

Op HUU: Polis KL keluar 9,427 saman pelbagai kesalahan lalu lintas

Polis Trafik Kuala Lumpur melaksanakan OP HUU sehingga 15/06/2024 yang member fokus kepada Ops Garisan Putih di sekitar ibu negara, semalam. -FB JSPT Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 9,427 saman melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang sejak 4 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua saman itu dikeluarkan selepas pelaksanaan 63 operasi di sekitar ibu negara.

Katanya, mahu meletakkan kenderaan sebentar di bahu jalan selain mendakwa tiada parkir disediakan antara alasan diberikan pengguna untuk menghalang lalu lintas.

“Kesalahan halangan lalu lintas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 7,123 saman selain meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki iaitu sebanyak 699 saman dan tiada lesen memandu (236).

“Turut direkodkan adalah kesalahan cukai jalan tamat tempoh (155), nombor kenderaan tidak mengikut spesifikasi (101), tiada cermin sisi (81), penggunaan alat telekomunikasi (63),  tidak menampak pelekat P (4), tidak mengikat  kemas topi keledar (39) dan beberapa kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin berkata,  Operasi Hormat Undang-Undang ini turut melibatkan pelaksanaan Op Telefon Bimbit, Op Motosikal, Op Had Laju, Op Perdagangan dan Op Halangan.

Bagaimanapun jelasnya, tiada sebarang tindakan sitaan kenderaan dilakukan dalam kesemua operasi tersebut dan hanya 25 tangkapan dibuat ke atas pesalah jalan raya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan terus melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU) sehingga hingga 15 Jun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata operasi itu akan menggunakan konsep sama iaitu memberi penekanan utama membabitkan kesalahan halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah dan telefon bimbit.

Sebelum ini, Op HUU dijalankan dua fasa dengan Fasa 1 dilaksanakan pada 3 hingga 31 Julai 2023 manakala Fasa 2 pada 15 sehingga 29 September 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×